Pages
▼
Friday, December 5, 2014
Dilema ramai crafters: Bagaimana menentukan harga handmade
Harga barang handmade subjektif. Hanya si pembuatnya yang layak menentukan harga. Walaupun menggunakan material yang sama, hasilnya sama cantik, tapi ada orang rasa RM 20 berbaloi, ada orang pula rasa RM 50 lebih berbaloi. Pokoknya, letakkan harga yang ANDA rasa berbaloi. Setiap orang ada kelompok pelanggan yang berbeza. Ada sasarannya pelajar, ada sasarannya golongan berkerjaya, ada yang target pada online customer, ada yang jual kepada peniaga, dan lain-lain. Semua golongan ini ada persepsi berbeza terhadap harga, jadi memang tak boleh kita nak compare harga yang kita letak, dengan harga yang crafter lain letak. Sebab kita dan dia berbeza.
Setiap orang tak sama 'kelajuan' mengait. Ada yang sehari sahaja siap, ada yang seminggu siap. Ada yang order beribu dalam sebulan, ada yang order hanya satu dalam sebulan. Ada yang berkraf part time, ada yang full time. Semua ini mempengaruhi makna BERBALOI yang saya maksudkan tadi.
Untuk membuat perbandingan, ada banyak pembolehubah yang harus disamakan, seperti geografi, Kualiti benang, matawang, dan sebagainya. Jika kita compare harga barangan handmade di luar negara (terutamanya di etsy), ia tidak semudah mengubah currency kepada Ringgit Malaysia. Contohnya RM 100 jika kita convert kepada pound, katakan nilainya GBP 20, hakikatnya di sana, 20 pound itu dilihat seperti RM 20 sahaja, bukanlah seperti nilai RM 100 yang kita rasa..
Tak salah jika kita meminta pendapat orang lain (terutamanya dari crafter lain) tentang harga, tapi haruslah bersedia dengan 2 kemungkinan:
1) orang cadangkan harga yang terlalu mahal. Jadi kita rasa susah hati. Aduhai murahnya aku jual. Nak letak harga tinggi tak sampai hati. Tak berbaloi nya rasa berpenat lelah. Nak naikkan harga takut tak ada yang membeli. depress. sakit hati. tak happy.. sudahnya kita hanya merungut di FB, tapi masalah masih tak ada solusi..
2) orang suggest harga yang terlalu murah. Jadi kita sakit hati juga. Penat berminggu-minggu disamakan dengan nilai serendah itu? Kos material sahaja sudah RM 50, tapi sweater yang dibuat seminggu disamakan dengan RM 85? maknanya workmanship kita untuk seminggu hanya bernilai RM 35, dan purata 'gaji' untuk sehari adalah RM 7? Belum masuk bab trial and error lagi. Ada beribu macam ayat lagi untuk counter back, tapi hakikatnya, orang tak tahu yang awak dah berpenat lelah sebegitu. awak dan mereka kan berbeza
Kesimpulannya, letakkan harga yang buat kita rasa happy. Jangan sesekali samakan diri kita dengan orang lain. Dan jangan pula sangkal harga yang orang lain letak Mungkin dia dah masuk fasa lebih selamat, sudah ada peminat tersendiri dan kita masih di fasa pengenalan. Setiap perkara ada permulaan. Dan permulaan itu biasanya pahit. Kan pepatah ada mengatakan, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..."~ Berkraflah dalam keadaan yang happy. Anggap ia sebagai hobi yang menjana pendapatan. Bila hati senang, otak pun senang nak berfikir, senang nak berimaginasi dan kreativiti pun bertambah. dari situ, kita boleh menghasilkan banyak barang handmade yang comel-comel dan disukai ramai
Gunalah apa sahaja rumus untuk meletakkan harga (nak kira hours boleh, nak darab harga kos boleh, taknak guna apa-apa rumus pun tak mengapa), asalkan diakhirnya, kita dan customer kedua-duanya happy. Barangan kraf bukan barang kawalan. Bergantung kepada kita untuk menentukan harganya. Kalau rasa terlalu mahal, mungkin kita sendiri tak yakin dengan kualiti hasil handmade kita. Maka, lakukan penambahbaikan, sehingga hasilnya mencapai harga yang ingin kita letak
Ini jawapan saya untuk yang bertanyakan tentang harga. (Ramai yang minta saya bantu mereka letakkan harga yang sesuai untuk barang kait mereka) Sejujurnya, saya juga masih ada masalah yang sama, dan ini peringatan untuk diri sendiri juga. happy crafting~!!