Pages

Monday, December 16, 2013

Martha Stewart Kit FAQ







1) Apakah kegunaan set ini?
-set ini boleh digunakan untuk loom knitting dan juga weaving.

2) Apakah itu loom knitting?
-sila refer pada note sebelum ini
link: https://www.facebook.com/notes/amani-ekd/loom-knitting-faq/500907063308681

3) Apakah itu weaving?
-weaving adalah satu teknik menganyam. Menggunakan set ini, kita boleh menganyam menggunakan benang. Hasil weaving boleh dicantumkan untuk menghasilkan projek yang besar, contohnya seperti projek yang menggunakan Granny Square (teknik crochet). Kita boleh mancantumkan panel yang terhasil untuk menjadi beg, blanket, sweater dll. Contoh weaving boleh dilihat di sini: http://crochetisfun-amani.blogspot.com/2013/09/tutorial-woven-bag.html

4) Saya tak ada asas mengait, bolehkah saya menggunakan set ini?
-Boleh, tak ada masalah. Ada buku panduan disertakan bersama. Ada juga tutorial di youtube, type sahaja ' martha stewart weave and loom kit', ada banyak tutorial yang dihasilkan oleh lionbrand, juga oleh crafter di luar negara. Selain itu, fungsi set ini juga sama seperti knitting loom yang lain. Jadi, tutorial untuk knitting board, round loom, long loom, juga boleh diaplikasikan kepada set ini.

5) Apakah yang boleh saya hasilkan daripada set ini?
-Projek yang dapat dihasilkan adalah terlalu banyak. Sebut sahaja apa sahaja projek, asalkan ada pattern atau kita rajin mencuba, pasti boleh kita hasilkan menggunakan set ini. Hasil loom knitting adalah sama seperti knitting, namun kehalusan knitting memang tidak dapat dipertikaikan. Justeru, semua stitch yang boleh dihasilkan menerusi teknik knitting boleh juga dibuat menggunakan loom. Contohnya purl, knit, cable, garter, stockinette dll.
Contoh hasil menggunakan set ini boleh dilihat di link ini: https://www.facebook.com/amani.ekd/media_set?set=a.557619167637470.1073741841.100001681765503&type=3


antara projek yang dibuat menggunakan set ini

6) Saya adalah seorang newbie. Apakah cadangan projek yang dapat saya buat menggunakan set ini?
-Cuba buat topi, shawl, socks, dan juga weaving. Gunakan teknik asas seperti e wrap, purl dan knit. Tutorial untuk teknik-teknik ini dapat dipelajari menerusi youtube.

7) Apa beza set Martha Stewart ini dengan set knitting loom yang lain?
-knitting loom terdapat dalam pelbagai jenis bergantung kepada fungsinya. Round loom boleh membuat projek in round juga flat piece, long loom boleh digunakan untuk buat single dan double knitting, bloom loom boleh digunakan untuk membuat stokin baby, spool loom boleh digunakan untuk membuat tali, dan banyak lagi.
-Set Martha Stewart ini merangkumi Round loom, Long loom, dan juga sesuai untuk membuat stokin baby/dewasa. Set ini boleh dicantumkan mengikut size yang kita kehendaki dan pegs (silinder yang dicucuk di atas board) boleh dicabut dan ada dalam 2 size, iaitu besar dan kecil. Jadi, kita boleh adjust bentuk dan size loom mengikut projek yang ingin kita siapkan. Setelah projek itu kita siapkan, kita boleh cabut dan sambungkan mengikut size lain pula.

8) Di dalam set ini hanya ada satu size sahaja untuk round loom. Bagaimana untuk menghasilkan projek yang memerlukan round loom yang bersaiz lebih besar?
-Ya benar, hanya ada satu saiz round loom yang disertakan di dalam set ini, tetapi untuk projek yang memerlukan round loom yang lebih besar, kita boleh sambungkan loom pice di bahagian tengah, supaya bentuk bulat menjadi bujur. selain itu, kita juga boleh sambungkan board menjadi bentuk 4 segi. Hasil projek kita tak akan menjadi 4 segi, tetapi menjadi bulat. Justeru, sebenarnya banyak size yang boleh kita hasilkan menggunakan loom ini.

9) Bagaimana untuk saya dapatkan pattern?
-cuba dapatkan pattern di lionbrand.com, bahagian loom knit/ weaving pattern (perlu sign up sebagai member)
-cuba dapatkan di Ravelry.com, search pattern --> loom knitting
-cuba join group loom knit di Ravelry.com
-google loom knitting pattern, dan terdapat banyak pattern percuma yang dapat dicuba
-dapatkan tutorial di youtube (goodknitkisses, lionbrand, knittingboard)
-Saya amat mengalu-alukan saudara/saudari yang berminat dengan loom knitting untuk menyertai group "malaysia Loom Knitter' di facebook. Terdapat banyak link pattern/tutorial di bahagian 'File' untuk dicuba.
-boleh dapatkan buku loom knitting. saya ada jual 2 jenis buku looming, tapi buat masa sekarang tiada stok.

10) Berapakah harga set ini?
- Set ini terdapat di dalam 2 jenis, iaitu original dan klon. Set original  berharga RM 218 manakala set klon berharga RM 170. postage adalah RM 12. Kedua-dua jenis ini available untuk dibeli.

11) Apakah perbezaan antara set original dan klon?
-Packaging untuk Original set adalah di dalam bekas plastik, dan packaging untuk set klon adalah di dalam kotak kertas.
-Buku panduan set original lebih tebal kerana ada 2 bahasa (English dan Latin rasanya), manakala set klon lebih nipis kerana hanya dalam bahasa Inggeris.
-Bilangan pegs set original ada 310, manakala bilangan pegs set klon ada 304
-Set original dan set Klon tidak boleh dicantum kerana ada sedikit perbezaan
-pemegang loom untuk set original lebih lembut
-dari segi function masih sama, postage juga sama, iaitu RM 12.
-semua projek yang boleh dibuat menggunakan set original, juga boleh dibuat menggunakan set klon
-kedua-duanya made in china



kanan: set klon
kiri: set original


12) Bolehkah saya membuat bayaran secara ansuran?
-Boleh, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh emel saya (amaniekd@yahoo.com)

13) Adakah hasil looming sangat jarang?
Set ini mempunyai pegs yang jaraknya sangat rapat, jadi hasil looming tidak akan menjadi sangat jarang. Jika menggunakan benang yang lebih tebal, kita boleh gunakan pegs yang bersaiz besar pula.


terima kasih :-)

-Amani-

No comments:

Post a Comment

Tq for dropping by:-)