Assalamualaikum dan hi!
Giveaway kali ini berbentuk pertandingan membuat Amigurumi. Sebagai seorang yang tak pernah menang cabutan bertuah, saya memang allergic dengan giveaway yang menggunakan lucky draw. Kalau masuk, memang tak pernah bertuah. Rasa macam merajuk pun ada. Sedih pun ada :-) Ada tak orang yang sama macam saya?
hihi, kalau ada, jangan bersedih, Jom ramai-ramai sertai contest ni, pemenang akan diadili berdasarkan hasil usaha dan kreativiti masing-masing. Setiap orang berpeluang untuk menang~
PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA SEMUA YANG MENETAP DI MALAYSIA :-)
Tarikh penyertaan: 10/10/2013 - 20/11/2013
Cara penyertaan:
1-pilih sama ada ingin menghasilkan amigurumi berbentuk DORAEMON, HELLO KITTY atau MINION. Boleh menghasilkan lebih dari satu. Penyertaan tidak terhad. PATTERN BEBAS. Dalam gambar hanya CONTOH, tetapi WAJIB memilih antara 3 character ini SAHAJA.
2-Saiz amigurumi:
Tinggi: sekurang-kurangnya 3 inci (lebih besar tak mengapa, tapi tak boleh lebih kecil)
3-SETIAP PENYERTAAN akan menerima VOUCHER RM 5 dari Crochet.is.Fun untuk pembelian sebarang barangan kraf.
4-TIADA HAD PENYERTAAN. Peserta boleh menghasilkan seberapa banyak amigurumi. Tetapi setiap peserta layak menerima HANYA SATU sahaja voucher diskaun RM 5. Amigurumi yang siap perlu diposkan ke alamat yang diberikan.
5-Tuliskan NAMA PENUH dan NAMA FACEBOOK anda di atas sehelai kertas bersama-sama amigurumi yang diposkan. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang kes kehilangan parcel. VOUCHER RM 5 akan diberikan sebaik sahaja Amigurumi sampai. Penyertaan juga dikira sebaik sahaja Amigurumi sampai ke alamat yang diberikan
6-Amigurumi yang siap hendaklah dihantarkan ke alamat berikut:
Crochet.is.Fun
Lot 5501, RPT 2, Jalan Selama,
34130 Kubu Gajah, Perak.
(PM untuk no telefon)
Amigurumi yang telah diposkan tidak akan dipulangkan. Saya akan jadikan sebagai kenang-kenangan :-)
7-Pemenang akan dipilih berdasarkan ciri-ciri tersebut:
-Kekemasan- 50%
-Kreativiti- 50%
(andai kata ada 2 amigurumi yg sama comel, kreatif, dan kemas, saiz amigurumi akan diambil kira. Amigurumi yang bersaiz besar akan dipilih sebagai pemenang)
Hadiah Utama: Set knitting loom worth RM 170
5 Hadiah saguhati :
Set crochet hooks, buku, spool loom
Jom ramai-ramai sertai!
Adik, Kakak, Abang, Cik, Puan, Encik, dan Sis, SELAMAT MEMBUAT AMIGURUMI~ (^_^)
8 comments:
Nak masuk, nak masuk... Hehe...
amani...nak join! nak join! dah buat dah minion..hehe
saya dah tukar link blog crochet dr cintakasihshop.blogspot.com ker qasehcutecraft.blogspot.com...
nak kena re-arrange balik blog tu..rase syg plak nama blog lame..hihi
dari: mawaddah
@safiah, jemput join ya. sy dah lanjutkan tarikh sehingga 20hb november :-)
@mawaddah, mala tak dgr kabar, jemput join contest ni ya, tarikh dah sy lanjutkan ke 20/11/2013 :-) owh ye ke dah tukar.. lama dah tak follow up kan.. mcm dah dekat 2 tahun..
ak ah..lame xdgr cite..hehe...sy ada add kat fb..amigurumi tu perlu pos atau amek picture je?
sy dah accept :-)
perlu pos dear, syarat penuh ada di atas, adah baca tau, masa pos kena tulis nama atas kertas
Waalaikumsalam. Maaf kak, saya mau tanya. Saya ada tugas ttg tapestry & jk ada narasumber yg dikontak akan membuat nilai tambah. Kakak tinggal di daerah mana ya? Mohon dibalas, terima kasih:)
Waalaikumsalam. Maaf kak, saya mau tanya. Saya ada tugas ttg tapestry & jk ada narasumber yg dikontak akan membuat nilai tambah. Kakak tinggal di daerah mana ya? Mohon dibalas, terima kasih:)
saya di malaysia sis
Post a Comment