Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Dilema ramai crafters: Bagaimana menentukan harga handmade


Harga barang handmade subjektif. Hanya si pembuatnya yang layak menentukan harga. Walaupun menggunakan material yang sama, hasilnya sama cantik, tapi ada orang rasa RM 20 berbaloi, ada orang pula rasa RM 50 lebih berbaloi. Pokoknya, letakkan harga yang ANDA rasa berbaloi. Setiap orang ada kelompok pelanggan yang berbeza. Ada sasarannya pelajar, ada sasarannya golongan berkerjaya, ada yang target pada online customer, ada yang jual kepada peniaga, dan lain-lain. Semua golongan ini ada persepsi berbeza terhadap harga, jadi memang tak boleh kita nak compare harga yang kita letak, dengan harga yang crafter lain letak. Sebab kita dan dia berbeza.

Setiap orang tak sama 'kelajuan' mengait. Ada yang sehari sahaja siap, ada yang seminggu siap. Ada yang order beribu dalam sebulan, ada yang order hanya satu dalam sebulan. Ada yang berkraf part time, ada yang full time. Semua ini mempengaruhi makna BERBALOI yang saya maksudkan tadi.

Untuk membuat perbandingan, ada banyak pembolehubah yang harus disamakan, seperti geografi, Kualiti benang, matawang, dan sebagainya. Jika kita compare harga barangan handmade di luar negara (terutamanya di etsy), ia tidak semudah mengubah currency kepada Ringgit Malaysia. Contohnya RM 100 jika kita convert kepada pound, katakan nilainya GBP 20, hakikatnya di sana, 20 pound itu dilihat seperti RM 20 sahaja, bukanlah seperti nilai RM 100 yang kita rasa..

Tak salah jika kita meminta pendapat orang lain (terutamanya dari crafter lain) tentang harga, tapi haruslah bersedia dengan 2 kemungkinan:

1) orang cadangkan harga yang terlalu mahal. Jadi kita rasa susah hati. Aduhai murahnya aku jual. Nak letak harga tinggi tak sampai hati. Tak berbaloi nya rasa berpenat lelah. Nak naikkan harga takut tak ada yang membeli. depress. sakit hati. tak happy.. sudahnya kita hanya merungut di FB, tapi masalah masih tak ada solusi..

2) orang suggest harga yang terlalu murah. Jadi kita sakit hati juga. Penat berminggu-minggu disamakan dengan nilai serendah itu? Kos material sahaja sudah RM 50, tapi sweater yang dibuat seminggu disamakan dengan RM 85? maknanya workmanship kita untuk seminggu hanya bernilai RM 35, dan purata 'gaji' untuk sehari adalah RM 7? Belum masuk bab trial and error lagi. Ada beribu macam ayat lagi untuk counter back, tapi hakikatnya, orang tak tahu yang awak dah berpenat lelah sebegitu. awak dan mereka kan berbeza

Kesimpulannya, letakkan harga yang buat kita rasa happy. Jangan sesekali samakan diri kita dengan orang lain. Dan jangan pula sangkal harga yang orang lain letak Mungkin dia dah masuk fasa lebih selamat, sudah ada peminat tersendiri dan kita masih di fasa pengenalan. Setiap perkara ada permulaan. Dan permulaan itu biasanya pahit. Kan pepatah ada mengatakan, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..."~ Berkraflah dalam keadaan yang happy. Anggap ia sebagai hobi yang menjana pendapatan. Bila hati senang, otak pun senang nak berfikir, senang nak berimaginasi dan kreativiti pun bertambah. dari situ, kita boleh menghasilkan banyak barang handmade yang comel-comel dan disukai ramai

Gunalah apa sahaja rumus untuk meletakkan harga (nak kira hours boleh, nak darab harga kos boleh, taknak guna apa-apa rumus pun tak mengapa), asalkan diakhirnya, kita dan customer kedua-duanya happy. Barangan kraf bukan barang kawalan. Bergantung kepada kita untuk menentukan harganya. Kalau rasa terlalu mahal, mungkin kita sendiri tak yakin dengan kualiti hasil handmade kita. Maka, lakukan penambahbaikan, sehingga hasilnya mencapai harga yang ingin kita letak

Ini jawapan saya untuk yang bertanyakan tentang harga. (Ramai yang minta saya bantu mereka letakkan harga yang sesuai untuk barang kait mereka) Sejujurnya, saya juga masih ada masalah yang sama, dan ini peringatan untuk diri sendiri juga. happy crafting~!!

Sunday, February 20, 2011

learn to crochet: what you need

1. You need yarns

owh ya, you don't need so many yarns to begin crocheting (those in the photo are my stock..hehe) Two is enough. You can choose any brands that you want: Nona, Minlon, Ondori, Wina) Personally, I like Nona and Minlon brand because they're widely available in the market:-)


2. You need a crochet hook (jarum kait).

These are my first 4 crochet hooks bought by my mom. The most right is used in most of my crochet project because it is bigger in size compared to the others. Crocheting in long hours can be tiring and painful. So I just wrap the stick with rubber band to ease the pain..so old school..hehe



my lovely crochet hook set:-)


Crochet hooks can be found in many store near you. They come in many sizes. The hook size will determine the size of your crochet project. If you don't have the right crochet hook as in the pattern you are referring, you can check the gauge and add more rows or stitches to get the same size.


That's all!!


ok now that you have both yarn and hook, you can begin crocheting now!!!
Please refer to a video I've posted in my previous post to get started...happy crocheting everyone!

Saturday, February 19, 2011

learn how to crochet

I never knew about crochet till last year. It happened that I found some crocheted items in the net and was interested to learn crochet in depth. Thanks a lot to the advancement of technology that I am able to learn it through youtube videos. There are many videos posted about learning crochet, but I like this one below the most.. It is very clear and easy to follow.


while browsing the net, I found a site whose author's name is Teresa. She got so many free crochet patterns with videos to assist beginners. .Do pay a visit at her blog here and you'll find many patterns to try with assisting video, including the lefthanded versions. She also has few crochet videos for beginners where she taught the basic of crochet like single crochet, double crochet, and crochet circle.. Below is the link to her videos..


Indeed, crochet is fun! I love it so much and I really want to share it with others who are interested too. hopefully, the links and videos I've mentioned in this post would help those who wish to get started. I wish I can make my own tutorial about learning crochet one day..happy crocheting!

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...