Sunday, November 17, 2013

assalamualaikum dan hai,
untuk contest amigurumi, setiap penyertaan akan mendapat voucher RM 5. kalau hantar lebih dari satu, akan dapat RM 5 x [bilangan Amigurumi].. harap maklum. TQ 

Sunday, October 20, 2013

Giveaway kedua~!! (Tarikh tutup 20 November 2013)




Assalamualaikum dan hi!

Giveaway kali ini berbentuk pertandingan membuat Amigurumi. Sebagai seorang yang tak pernah menang cabutan bertuah, saya memang allergic dengan giveaway yang menggunakan lucky draw. Kalau masuk, memang tak pernah bertuah. Rasa macam merajuk pun ada. Sedih pun ada :-) Ada tak orang yang sama macam saya?

hihi, kalau ada, jangan bersedih, Jom ramai-ramai sertai contest ni, pemenang akan diadili berdasarkan hasil usaha dan kreativiti masing-masing. Setiap orang berpeluang untuk menang~





PERTANDINGAN TERBUKA KEPADA SEMUA YANG MENETAP DI MALAYSIA :-)
Tarikh penyertaan: 10/10/2013 - 20/11/2013

Cara penyertaan:
1-pilih sama ada ingin menghasilkan amigurumi berbentuk DORAEMON, HELLO KITTY atau MINION. Boleh menghasilkan lebih dari satu. Penyertaan tidak terhad. PATTERN BEBAS. Dalam gambar hanya CONTOH, tetapi WAJIB memilih antara 3 character ini SAHAJA.

2-Saiz amigurumi: 
Tinggi: sekurang-kurangnya 3 inci (lebih besar tak mengapa, tapi tak boleh lebih kecil)

3-SETIAP PENYERTAAN akan menerima VOUCHER RM 5 dari Crochet.is.Fun untuk pembelian sebarang barangan kraf.



4-TIADA HAD PENYERTAAN. Peserta boleh menghasilkan seberapa banyak amigurumi. Tetapi setiap peserta layak menerima HANYA SATU sahaja voucher diskaun RM 5. Amigurumi yang siap perlu diposkan ke alamat yang diberikan.

5-Tuliskan NAMA PENUH dan NAMA FACEBOOK anda di atas sehelai kertas bersama-sama amigurumi yang diposkan. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika terdapat sebarang kes kehilangan parcel. VOUCHER RM 5 akan diberikan sebaik sahaja Amigurumi sampai. Penyertaan juga dikira sebaik sahaja Amigurumi sampai ke alamat yang diberikan

6-Amigurumi yang siap hendaklah dihantarkan ke alamat berikut: 

Crochet.is.Fun
Lot 5501, RPT 2, Jalan Selama, 
34130 Kubu Gajah, Perak.
(PM untuk no telefon)

Amigurumi yang telah diposkan tidak akan dipulangkan. Saya akan jadikan sebagai kenang-kenangan :-)

7-Pemenang akan dipilih berdasarkan ciri-ciri tersebut:
-Kekemasan- 50%
-Kreativiti- 50%
(andai kata ada 2 amigurumi yg sama comel, kreatif, dan kemas, saiz amigurumi akan diambil kira. Amigurumi yang bersaiz besar akan dipilih sebagai pemenang)



Hadiah Utama: Set knitting loom worth RM 170
5 Hadiah saguhati :
Set crochet hooks, buku, spool loom




Jom ramai-ramai sertai!

Adik, Kakak, Abang, Cik, Puan, Encik, dan Sis, SELAMAT MEMBUAT AMIGURUMI~ (^_^)




My latest projects

I started to make these bags since Raya Puasa. However they just finished recently :-)
The owners are crafter as well, I feel so honoured to be able to crochet for them

for Kak Sue

For Kak Afizatul

Also for Kak Afizatul :-)

other than bags, I made few other projects as well. They are: muffler, handphone cozy, pillow, and many others. 
This is the muffler ordered by my friend


I'll show my other projects in next post, because they fall into loom knitting category. Till then, Assalamualaikum, Happy crafting~!!

Friday, September 20, 2013

Tutorial: woven bag

cara-cara buat woven bag menggunakan martha stewart weave and loom kit:

Barang-barang yang diperlukan:
Martha Stewart Weave and loom kit
crochet hook
2 warna benang (3 buku setiap satu)


1: sambung loom menjadi bentuk segiempat tepat, dan anyam menggunakan 2 warna atau pun lebih. Kemudian bind off. Tutorial untuk weaving ada pada post sebelum ini. 


2: Buat 4 keping, kemudian menggunakan crochet hook (saya guna size 4.5 mm), buat single crochet di bahagian edging bagi setiap keping.


3: Susun seperti gambar ke tiga, kemudian sambungkan mengikut anak panah.


4: Setelah sambung keempat-empat keping, buat single crochet di bahagian atas beg, kemudian buat tali dan cantumkan (saya guna spool loom)

siap~!!
untuk lebih menarik. boleh jahit lining 


Wednesday, September 11, 2013

Tutorial: Weaving with yarns (bahasa malaysia)

 Tutorial: Cara-cara menganyam menggunakan benang


Alat yang diperlukan:
2 warna benang (3 buku setiap warna)
martha stewart weave and loom kit
crochet hook 4.00 mm
tapestry needle



1- Slip knot 3 urat benang hijau
2- Masukkan ke dalam satu peg di bucu
3- Tarik ke arah bertentangan, lilit peg, tarik ke arah bertentangan semula
4- Ulang proses melilit dari hujung ke hujung sehingga sampai ke pegs terakhir di barisan yang sama dengan slip knot yang mula-mula kita buat tadi. Buat slip knot dan kemudian masukkan ke dalam peg yang terakhir tersebut. (2 hujung benang ada pada bahagian yang sama)



5- Menggunakan benang pink, slip knot dan masukkan ke dalam peg bersebelahan dengan slip knot yang terakhir tadi.
6- Dari arah bertentangan, masukkan weaving tool/hook (atas, bawah, atas). Pastikan ada 6 urat benang di setiap celah hook
7- Bila sampai di hujung, cangkukkan benang pada hook, dan tarik ke dalam celahan benang
8- Bila sampai di sebelah bertentangan, masukkan benang ke dalam pegs, dan tarik hujung benang untuk kekemasan.


9- Kemaskan (untuk rapatkan anyaman) mengunakan hujung belakang weaving tool/hook
10- Untuk baris beriktnya, masukkan hook secara bersilang sehingga sampai ke barisan yang terakhir (sepanjang menganyam, sentiasa tolak dan kemaskan benang supaya anyaman menjadi rapat. Slip knot pada peg yang terakhir

Bind off
11- Mulakan di bucu terakhir pada arahan ke 10 tadi, masukkan crochet hook 4.00 mm ke dalam celahan benang seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
12- Tarik benang keluar dari peg (untuk yang pertama memang agak sukar). Kemudian, masukkan hook ke dalam celahan benang yang berikutnya dan tarik keluar dari peg. Sekarang ada 2 loop di dalam crochet hook. Tarik loop kedua masuk ke dalam loop pertama (seperti kaedah crochet). Teruskan step 11-12 sehingga sampai ke bucu.


 13- Bila sampai penjuru pertama, bind off seperti biasa
14- Bila sampai penjuru kedua, bind off pink
15- Buka ikatan slip knot hijau dan tarik benang, kemudian teruskan bind off benang hijau disebelah
16-Bila sampai penjuru ketiga, JANGAN buka ikatan slip knot, tapi masukkan hook ke dalam lubang dan bind off seperti biasa, begitu juga benang pink disebelahnya.


17- Bila sampai bucu yang terakhir, buka ikatan slip knot, dan bind off benang pink yang terakhir
18- Masukkan hujung benang (ikatan slip knot tadi) ke dalam tapestry needle dan masukkan ke dalam loop di dalam crochet hook, dan keluarkan crochet hook
19- tarik jarum ke dalam benang
20- Siap :-)



Selamat mencuba (^_^)


*martha stewart kit ada versi original dan klon, untuk dapatkan set ini, sila hantarkan emel ke alamat ini: amaniekd[at]yahoo[dot]com

Terima kasih


You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...